ISTIQBAL RAMADHAN DAN MUNAJAT IMTIHAN
Majlis dimulakan dengan persembahan qasidah, burdah serta alunan zikir dan selawat oleh Ust Nizam b. Ariffin (berjubah putih), mahasiswa Universiti Al-Azhar. Persembahan yang menyentuh jiwa ini bermula seawal jam 9.00 pagi. Warga MMMK terpesona dengan pelbagai alunan dan rentak selawat yang telah dipersembahkan oleh Ust Nizam. Mudah-mudahan dengan keberkatan selawat ini ia dapat melembutkan hati-hati warga MMMK serta menambahkan kecintaan kepada Rasulullah.
Selesai persembahan selawat, majlis diteruskan dengan ceramah sempena
kedatangan Ramadhan oleh Ust Sa'adi b. Shaari (berbaju kuning), tenaga pengajar Madrasah Az-Zubaidiah, Merbok. Ust Sa'adi telah menyentuh beberapa perkara yang berkaitan persediaan menghadapi Ramadhan.
Pada hari ini juga, MMMK mengambil kesempatan mengadakan majlis bacaan dan solat hajat sempena peperiksaan awam (PMR & SPM) dan dalaman (periksa penggal & SMRAMM) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Majlis bacaan yasin dan solat hajat ini melibatkan para pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Majlis ini diadakan pada jam 1 tengah hari.











No comments
Post a Comment