Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

KUMPULAN NASYID PUTERI MMMK JUARA

Kegagalan kumpulan Nasyid Putra MMMK (Ar-Ridwan) di Festival Nasyid Maktab Mahmud Negeri Kedah (kategori putera) yang telah diadakan di Maktab Mahmud Sik pada 12 Julai 10 lalu, tidak mematahkan semangat pasukan nasyid Puteri (Nawal Aufa) untuk terus berjuang bagi memastikan kejayaan nasyid MMMK seterusnya melonjak nama MMMK khususnya di persada kecemerlangan KoKurikulum.

Alhamdulillah, kumpulan nasyid puteri MMMK telah berjaya memecahkan tembok monopoli kumpulan nasyid Alor Setar dan Pendang untuk muncul sebagai Johan Nasyid Puteri di Festival Nasyid Maktab Mahmud Negeri Kedah yang diadakan di Maktab Mahmud Baling hari ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Jurulatih (Encik Hashim bin Yahya) yang juga merupakan bekas pelajar MMMK semasa era SMA Saadatuddaroin, juga tidak ketinggalan kepada guru pembimbing( Cg. Syed Bahadzir).

Moga Visi MMMK untuk memastikan kecemerlangan di dalam Kurikulum dan KoKurikulum tercapai...Amin Ya Rabb.


Kumpulan Ar-Ridwan

Kumpulan Nawal Aufa

2 comments

Powered by Blogger.