Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

Memupuk sifat kepimpinan


KETOKOHAN yang ada pada seseorang pemimpin bermula dari bangku sekolah lagi. Ini bermakna penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti sama ada aktiviti kurikulum atau kokurikulum memberi sumbangan ke arah pemupukan ciri-ciri kepimpinan.

Ciri-ciri kepimpinan merangkumi aspek pengurusan diri, perhubungan dengan keluarga,guru, rakan-rakan, dan masyarakat umum. Dengan lain perkataan ciri-ciri kepimpinan ini mampu membina modal insan yang berkualiti, berakhlak mulia, berketrampilan, berwawasan, dan mewujudkan kesejahteraan diri dan kemakmuran negara.

Ilmu, kemahiran, dan pengalaman dalam sesuatu aktiviti merupakan elemen yang penting dalam aspek kepimpinan. Setiap aktiviti memberi pendedahan dan peluang untuk mendapat ilmu seperti ilmu kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan, ilmu sains, dan sebagainya. Dalam bidang akademik tumpuan diberikan pada ilmu-ilmu yang dapat merungkai dan menerokai rahsia sesuatu kejadian, peristiwa, atau permasalahan untuk memberi ruang penyelesaian.

Ilmu yang dipelajari ini akan melibatkan proses penerokaan, pengaplikasian, penganalisisan, penyelidikan, dan penilaian. Ilmu juga banyak dipelajari melalui aktiviti kokurikulum seperti melalui kelab dan persatuan, sukan, dan unit beruniform. Kepadatan ilmu akan menjadikan seseorang itu mantap, matang dan mampu menjana pemikiran yang bersifat inovatif.

Sesuatu ilmu yang dipelajari akan membentuk kemahiran. Masyarakat yang berilmu tetapi tanpa kemahiran tidak dapat menjadikan sebuah negara itu maju. Seseorang murid yang mendapat A dalam semua subjek masih tidak dapat dianggap cemerlang atau gemilang jika ia tidak ada kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Cemerlang atau gemilang bermaksud seseorang murid itu mampu meneroka ilmu yang luas sehingga menjadikan dirinya seorang yang kreatif dan inovatif serta dapat mencipta sesuatu hasilan yang boleh dijadikan kebanggaan bukan sahaja kepada negara tetapi hingga ke peringkat antarabangsa.

Kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada pengalaman yang dilaluinya setelah mampu menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran yang dilaluinya itu adalah hasil daripada kejayaannya mengawal dan memimpin diri. Setelah berjaya memimpin diri, maka ia akan berjaya memimpin generasi yang lain untuk mencapai kejayaan.

Justeru, murid-murid harus mendapat ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum ke arah mendidik mereka memiliki sifat-sifat kepimpinan yang amat diperlukan sepanjang masa dalam kehidupan.

Santapan Minda oleh DR ISMAIL ZAIN

No comments

Powered by Blogger.