Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2010 (Antara Harapan ibubapa dan Amanah Guru)




Pendaftaran bermula jam 9.00am. Pun begitu ibubapa dan waris pelajar tingkatan satu sudah mula kelihatan di perkarangan sekolah seawal jam 7.45 pagi.

Pendaftaran dihentikan seketika pada jam 10.30 am untuk sesi taklimat Tuan Pengetua MMMK. Memberi gambaran serba sedikit tentang latarbelakang MMMK, Kedudukan terkini,Kurikulum dan KoKurikulum kepada waris pelajar agar mereka mendapat gambaran kasar terutama yang belum lagi mengenali sistem pendidikan di Maahad.

Pada riak wajah para waris, tergambar harapan dan impian agar anak mereka dapat meneruskan pengajian di Maahad khususnya MMMK. Harapan yang menggunung untuk memastikan anak mereka berada di Maahad kini tercapai.

Kini pada guru-guru harapan tersebut menjadi amanah yang perlu dipikul. Bukan setakat memastikan kesinambungan generasi yang cemerlang ilmu akademik sahaja, malah memastikan mereka cemerlang dari segi akhlak dan rohani agar dapat menghidupkan semula generasi maahad yang mempunyai kecintaan mendalam terhadap ilmu.

Mendidik generasi pelajar yang berilmu yang sentiasa cintakan ilmu “Fardu Ain” dan ilmu “Fardu Kifayah” yang menjadi tuntutan ummah. Dengan ilmu itu manusia sentiasa kreatif berupaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Pihak sekolah serta guru juga akan bertanggung jawab bagi mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beramal dengan ilmu yang didapati untuk memakmurkan bumi ini sesuai dengan tuntutan agama yang mengkehendaki hambanya menjadi “Khalifah” di bumi ini. Ilmu hanya akan bernilai sekiranya diamalkan untuk faedah manusia sejagat

Natijahnya segala usaha ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan dan berakhlak mulia mengikut nilai-nilai Islam dan bertanggungjawab kepada ALLAH, masyarakat, bangsa dan negara. Kelak akan menjadi tokoh ulamak dan profesional yang bukan saja disanjungi malah berjasa kepada masyarakat, agama dan negara. Insya Allah......

No comments

Powered by Blogger.