Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

HATI SEORANG GURU...

"Assalamualaikum cikgu!, saya pelajar tingkatan 3 mohon maaf sekiranya terkasar bahasa dengan cikgu atau menyakitkan hati cikgu..doakan saya dan rakan-rakan dalam menghadapi percubaan PMR dalam apa jua keadaan"

Demikian SMS yang saya terima semalam dari seorang pelajar tingkatan 3, terkedu seketika....teringat akan peperiksaan Percubaan PMR yang akan dihadapi oleh pelajar besok hari.

Sejenak terkenang akan tanggungjawab guru sebagai pendidik....dah hampir 20 tahun menggalas tanggungjawab sebagi guru. Bermula di SAR kini SAN....

Kadang-kadang menjadi seorang guru itu menuntut seluruh kekuatan hati yang mampu dikerah. Apabila kita terpaksa bertegas dalam sesetengah perkara, namun bila memandang wajah yang sayu dan mata yang penuh mengharap itu, hati guru jadi tergugat. Guru perlu bertegas.Murid itu kadang-kadang ada nakalnya. Kita perlu membimbing. Namun kadang-kadang perlu juga diberi hukuman. Hati guru kadang-kadang sakit. Namun perlu menjadi pemaaf. Kerana guru perlu sedar, jika pudar redha guru, masa depan murid pasti kabur.

Selalunya, guru perlu mengorbankan masa, tenaga, kewangan dan perasaan demi muridnya. Murid selalu hanya tahu meminta dan menerima. Tapi biasanya guru sedar situasi yang berlaku. Tak apa, hidup ini umpama roda. Jika sekarang murid hanya tahu meminta dan menerima, guru itu selalu berdoa agar suatu hari nanti murid-muridnya akan menjadi manusia yang tahu memberi dan menghargai manusia-manusia lain di sekelilingnya.

Seorang guru perlu sentiasa mengharap, berdoa dan menyerahkan seluruh pengharapan pada ALLAH, kerana guru perlu sedar, untuk menyambung dan memastikan hubungan antara guru dengan murid berjalan dengan sempurna, hanya ALLAH tempat letak harapan tertinggi.

Tak apalah, sabarlah, tenanglah... Terima sahaja.. antara kata-kata yang selalu diulang tayang di dalam hati seorang guru. Kerana kasih sayangnya yang tinggi terhadap para pelajarnya. Guru tidak pernah mengharap agar murid memahami dirinya, namun jika murid itu juga ikhlas dan memberi sedikit sahaja kefahaman di atas kesulitan guru, pastilah murid itu akan didoakan, akan dihargai dan disayangi dengan seluruh hatinya.

Hakikatnya, segala bentuk hubungan di atas dunia bersandarkan cinta kepada ALLAH. Kasih guru pada murid, sayang murid pada guru, segala sesuatu perlu kembali kepada ALLAH. Semoga semua guru dan murid di atas muka bumi ini akan dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama berteraskan mahabbah dan cinta NYA.

Semoga semua murid-muridku berbahagia dengan kehidupan mereka, dan menjadi penyumbang terbesar di dalam agama dan bidang masing-masing. Amin Ya ALLAH!!

No comments

Powered by Blogger.