Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

SOLAT HAJAT SETIAP MALAM RAHSIA KEJAYAAN

(Berita ini diterbitkan dalam Warta Darul Aman keluaran Bulan Mei 2009)

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

KOTA KUALA MUDA - “Sebelum menghadapi peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama Maktab Mahmud (SMRAMM), setiap malam saya mengerjakan sembahyang sunat dan tahajjud,” kata Nurul Atikah Elias, 17 tahun selepas diumumkan sebagai pelajar cemerlang setelah memperolehi 11 Mumtaz dalam peperiksaan SMRAMM 2008 pada majlis Hari Anugerah Cemerlang Maktab Mahmud Kota Kuala Muda, di sini.

Itulah rahsia kejayaaan yang dicapai oleh pelajar berkenaan yang berasal dari Kampung Sungai Mas, di sini selepas bertungkus-lumus menghadapi peperiksaan SMRAMM 2008.
Sifat tidak malu untuk bertanya kepada kawan-kawan serta guru sekiranya menghadapi masalah dalam pelajaran merupakan antara rahsia yang boleh dikongsi bersama pelajar Maktab Mahmud Kota Kuala Muda yang akan menghadapi peperiksaan SMRAMM pada tahun 2009.

Walaupun ayah bekerja sebagai penyelia kilang dan ibu sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain, ia tidak melemahkan semangat saya untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran sehingga berjaya dengan cemerlang dalam SMRAMM,” jelasnya.
Ketika berada di sekolah, dia akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap guru yang mengajar mata pelajaran dalam kelas dan apabila berada di rumah pula, dia memperuntukkan masa selama dua jam pada waktu malam untuk mengulangkaji pelajaran.

Beliau yang merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik itu mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan daripada kedua orang tuanya serta kawan dan guru yang banyak membantunya sehingga mencapai kejayaan dalam peperiksaan SMRAMM.

Untuk berita penuh sila kunjungi web portal Maktab Mahmud Kuala Muda :

http://www.mmkualamuda.edunet.my/

No comments

Powered by Blogger.