Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

Majlis Idul Ilmi 2009

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..

Majlis bermula sebaik sahaja selesai acara sambutan kedatangan YB Dato' Haji Mohamed Taulan bin Mat Rasul sekitar jam 10 15 pagi. Dipengerusikan oleh Ustaz Abd Nasir b. Abd Wahab, majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti oleh lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan, Ya Maahadan dan Pewaris Kecemerlangan.

Diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua yang sebahagiannya menyentuh visi dan misi sekolah. Ucapan YDP PIBG MMMK, Cikgu Osman (Pengetua SMK Merbok) memberi penekanan tentang kesungguhan pelajar dalam mencapai kejayaan walaupun belajar dalam keadaan serba kekurangan.

YB Dato' Haji Mohamed Taulan bin Mat Rasul menyentuh tentang peluang-peluang belajar di Jordan , Syiria dan Mesir. Beliau memberikan penekanan tentang kecemerlangan pelajar. Sebelum merasmikan Majlis Idul Ilmi beliau sempat melancarkan Tabung Bantuan Kebakaran untuk Sekolah Agama Integrasi Faizin (SAIF), Guar Chempedak.

Acara selingan oleh kumpulan Nasyid dari pelajar Tingkatan 1 mendahului acara kemuncak iaitu Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar bagi sesi pengajian 2008. Khalayak yang hadir terpegun dengan Qasidah dan nasyid selingan oleh kumpulan READ ONE MMMK. Majlis ditamatkan dengan bacaan doa oleh Ust Mohd Sobri b. Hasan

Akhirnya .. Jamuan Makan.. Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang menunjukkan kemeriahan Majlis tersebut...




No comments

Powered by Blogger.