السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

Perlawanan Persahabatan

Monday, February 9, 20090 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Suatu perlawanan persahabatan telah di anjurkan. Maktab Mahmud Merbok menentang Sekolah Menengah Agama Sungai Petani (SABK) Bedong. Selain untuk menguji dan memantapkan barisan baru pemain Maktab Mahmud Merbok musim 2009 dan ianya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara kedua buah sekolah. Inilah julung-julung kalinnya pasukan MMMK diuji bagi musim ini.

Pasukan SABK Sungai Petani, Bedong adalah antara pasukan SMA terkuat di daerah Kuala Muda. Mereka juga pernah menjuarai Johan Peringkat Negeri Kedah di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Kedah. Mereka juga pernah mewakili kedah di dalam Sukan Antara Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (Utara dan Timur Semenanjung).

Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih yang terlibat. Walau pun ketinggalan 1 - 0 pada awal permainan, MMMK dapat bangkit semula dan mendahului 2 -1 sebelum jaringan persamaan oleh pihak lawan... Gol pada minit-minit terakhir amat bermakna untuk membolehkan MMMK menang dengan Jaringan 3 berbalas 2. Syabass! moga pasukan MMMK akan menjadi antara pencabar yang terkuat di Kejohanan antara Maktab Mahmud yang akan di adakan tidak lama lagi..
Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger