السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

Pelajar Melayu Tidak Minat Membaca

Thursday, February 26, 20090 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
MELAKA 22 Feb. – Dewan Industri Buku Malaysia (DIBM) melahirkan kebimbangan mengenai kurangnya minat membaca buku di kalangan pelajar Melayu pada masa ini terutama pelajar institusi pengajian awam.Presidennya, Datuk Ghani Ngah berkata, perkara tersebut turut diperkatakan di kalangan pihak media dan pakar akademik yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai tahap penurunan minat membaca buku di kalangan pelajar Melayu sejak kebelakangan ini.Katanya, DIMB percaya keadaan itu berlaku disebabkan pergantungan pelajar atau remaja terhadap kemudahan Internet yang dianggap lebih mudah dalam menyalurkan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh mereka.‘‘DIMB berharap agar pihak berkaitan terutama dari pihak kerajaan sendiri perlu mencari formula berkesan untuk menarik kembali minat pelajar Melayu terhadap pembacaan pelbagai jenis buku,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Islam anjuran Universiti Multimedia kampus Melaka (MMU) di sini hari ini.Pada masa yang sama, katanya, pelajar Melayu itu sendiri perlu mengubah persepsi mereka terhadap aktiviti membaca bagi memastikan generasi akan datang tidak cetek ilmu pengetahuan.Katanya, senario membimbangkan itu timbul disebabkan kesilapan pelajar dan masyarakat sendiri yang beranggapan membaca itu hanya untuk lulus peperiksaan.‘‘Akibat pandangan itu, kebanyakan pelajar hanya akan membaca sebagai persediaan untuk lulus peperiksaan dan apabila selesai, buku tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa perlu dibaca semula atau untuk rujukan selanjutnya.‘‘Sikap membaca ini adalah untuk semua peringkat, ia bukan hanya untuk mempersiapkan pelajar menduduki peperiksaan,” katanya.Beliau berkata, buku masih berperanan dan merupakan alat berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat kepada pembaca berbanding kemudahan Internet yang masih bergantung kepada kesesuaian peralatan dan talian tetap.Pada masa yang sama, katanya, jika dilihat mengenai sambutan pengunjung pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada April lalu, pihaknya mendapati hampir 85 peratus daripada kira-kira tiga juta pengunjung terdiri daripada orang Melayu.
Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger