Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

IKRAR PELAJAR






Suatu Ikrar Pelajar telah di adakan pada perhimpuna pagi, Ahad, 1/1/2009 diketuai oleh ketua pelajar seterusnya diikuti oleh penyampaian watikah perlantikan Pengawas 2009.
Ikrar pelajar MMMK adalah seperti berikut:-
Adalah kami, Pelajar-pelajar Maktab Mahmud dengan penuh rasa kesedaran mengakui bahawa usaha usaha mengangkat martabat Maahad adalah terletak di atas diri kami serta warga Maahad dan sebarang perlakuan yang menyalahi peraturan dan disiplin sekolah merupakan penghalang ke arah matlamat tersebut.
Kami menyesali akan perlakuan negatif yang kami lakukan sebelum ini boleh merosakkan reputasi atau nama baik Maahad Mahmud. Kami sedar bahawa sebarang perlanggaran disiplin bukan sahaja merosakkan nama baik kami, malah menyusahkan ibubapa atau penjaga yang meletakkan harapan yang tinggi kepada kami.
Oleh itu kami berjanji bahawa pada setiap masa dan keadaan;
Kami akan berakhlak sebagai akhlak pelajar muslim yang menjunjung tinggi perintah Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Kami akan menjaga maruah diri, keluarga dan sekolah dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh mencemar imej diri, keluarga dan Maahad.
Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.
Kami akan memberikan komitmen yang padu kepada pihak sekolah, menghormati dan mematuhi arahan guru dan pihak sekolah dalam usaha pemantapan sahsiah pelajar dan peningkatan martatabat Maahad.
Kami akan berusaha bersama mengangkat martabat Maahad.

No comments

Powered by Blogger.