Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

Naik taraf STAM beri 4 kelebihan

JOHOR BAHRU Langkah kerajaan menaik taraf Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperkasakan lagi kurikulum sekolah agama selain menawarkan empat kelebihan yang perlu direbut oleh warga sekolah itu.
Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat, Samsudin Samudi berkata, pertama, kurikulum itu akan menjadi satu lagi aliran baru Pengajian Islam dalam kurikulum kebangsaan yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Arab.
Katanya, ia sekali gus mengiktiraf kurikulum yang menjadi asas STAM iaitu kurikulum Ma'ahad Bu'uth Al-Azhar sebagai kurikulum kebangsaan.
"Kelebihan ketiga, urusan perjawatan dan latihan guru termasuk geran perkapita bagi setiap subjek STAM mendapat peruntukan terus daripada Kementerian Pelajaran," katanya di sini baru-baru ini.
Pada 4 Januari lalu, Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementerian akan menaik taraf dan memperkasa STAM bagi menjadikannya sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.
Hishammuddin berkata, ia akan menjadikan status STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai sijil agama paling tinggi di peringkat sekolah.
Selain itu, kira-kira RM2.1 juta diperuntukkan bagi merealisasikan usaha tersebut termasuk urusan perjawatan dan latihan sewajarnya kepada guru dan geran perkapita bagi setiap subjek STAM.
Samsudin berkata, kelebihan keempat ialah sebarang bentuk pembangunan, pembinaan, pengurusan, pemantauan termasuk perlantikan guru dan gaji, buku teks serta lain-lain kemudahan menjadi tanggungjawab dan bidang kuasa kementerian.
Katanya, langkah terbaru kementerian menggembirakan ibu bapa, guru-guru dan pelajar yang mengambil jurusan agama.
''Setiap tahun tarikan ibu bapa kepada sekolah-sekolah agama terus meningkat dan ibu bapa terus meletakkan harapan yang tinggi kerana kemampuan sekolah-sekolah ini membentuk pelajarnya secara bersepadu," jelasnya.

No comments

Powered by Blogger.