Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

KONTIJEN LEMBAGA MAKTAB MAHMUD

Tidak lama lagi kita akan sambut Hari Merdeka ke-51. Tahun lepas kita sambut Hari Merdeka yang ke-50 dengan gembira kerana ia menandakan setengah abad kita memerintah negara kita sendiri.

Bagi Lembaga Maktab Mahmud Megeri Kedah Darul Aman, tahun ini adalah tahun ke 5 penyertaan kontijen Lembaga Maktab Mahmud yang terdiri dari 33 orang wakil Warga Kerja Maktab Mahmud Negeri Kedah menyertai Perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

Alhamdulillah, semua peserta dapat mengadakan sesi latihan kawad pada 20,21,26,27 dan 28 dengan jayanya. Kontijen kali ini diketuai oleh Ustaz Abdullah bin Haron. BCK..Cikgu Fikri bin Abdul Mutalib bertindak sebagai Pegawai Penyelaras, manakala penolong Pegawai Penyelaras ialah Cikgu Amran bin Ahmad.

Ketua Jurulatih ialah Ustaz Sofian bin Hussin, dibantu oleh En Megat Ruslan bin Fadzim sebagai Penolong Ketua Jurulatih. Rata-rata anggota Kontijen menunjukkan semangat dan komitmen serta kerjasama yang tinggi semasa sesi latihan yang diadakan.

Kontigen kali ini adalah seramai 33 anggota dan MMMK kali ini diwakili oleh Ustaz Thalal bin Mustaffa dan Cikgu Fauzi bin Abdul Hamid .




"Selamat menyambut Hari Merdeka yang ke 51.. kepada semua rakyat Malaysia. Merdeka.....Merdeka......Merdeka"


Terimakasih kepada Us. Adlan di atas sumbangan gambar !


No comments

Powered by Blogger.