Pasukan Debat Menjulang MMMK
Dua Lokasi yang berbeza, Pasukan Debat MMMK telah menyertai Pertandingan Debat Ala Parlimen. Satu di SMK Khir Johari anjuran PPD Kuala Muda / Yan dan Satu di Maktab Mahmud Pokok Sena.
Keputusan juga berbeza, Pasukan Debat MMMK di KM/Y sekadar melangkah pusingan awal setelah hujah- hujah yang dibahaskan gagal menarik juri dan telah tewas kepada SMK Aman Jaya. Kekalahan tidak mematahkan semangat pasukan MMMK kerana input- input semasa sesi perbahasan dapat diguna pakai pada masa hadapan serta menjadi pengalaman bernilai.
Manakala Pertandingan Debat Ala Parlimen anjuran Lembaga Maktab Mahmud, pasukan MMMK telah mendapat tempat Ke.3, Tahniah diucapkan buat Pasukan MMMK dan sekalung penghargaan Guru Pengiring Puan Siti Nazirah kerana memberi semangat tinggi untuk pasukan MMMK untuk layak sehingga ke peringkat separuh akhir yang akhirnya membawa MMMK tempat Ke 3 bersama Maktab Tahfiz Sains Darul Aman ( MTSD)
Semoga kemenangan ini membawa motivasi kepada warga Maktab Mahmud Merbok dalam melahirkan kemenjadian anak -anak pelajar,
Semoga kemenangan ini membawa motivasi kepada warga Maktab Mahmud Merbok dalam melahirkan kemenjadian anak -anak pelajar,
Tahniah...
MMMK mengukir di persada pendidikan.
No comments
Post a Comment