DEBAT ALA PARLIMEN , Tempat Ke-3
Dalam komentar Pertandingan Debat Ala Parlimen, ketua juri pertandingan Cikgu Nadir bin Muhammad Najib ( MM Baling) ada menyebut banyak faedahnya sekiranya murid mengambil bahagian acara ini, Antara faedah yang dinyatakan oleh beliau ialah keberanian memberi hujah, berfikiran cerdas dan mencari fakta yang sahih.
Itulah menjadi tonik kejayaaan bagi pasukan Debat MMMK dan telah menjadi pengalaman bermakna untuk pasukan Debat MMMK.
Dalam Karnival BM anjuran LMM yang diadakan di Maktab Mahmud Pendang , Pasukan Debat MMMK tersekat di separuh akhir kerana telah tewas pada Pasukan Debat MMAS dengan Usul yang dibincangkan adalah " Masyarakat Penyayang Sekadar Omongan Kosong".
Selain daripada acara Debat , terdapat juga pertandingan Syarahan B.Melayu namun kejayaan belum hadir untuk acara tersebut.
Tahniah kepada Pasukan Debat MMMK kerana berjaya mengharumkan nama MMMK
MMMK No.1
![]() |
Yang arif lagi bijaksana |
![]() |
penjaga masa yang cakna dengan randiknya |
No comments
Post a Comment