MAJLIS IDUL ILMI 2018
Majlis Idul Ilmi adalah acara tahunan MMMK. Ia merupakan suatu majlis
Pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi
cemerlang sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah (MMMK).
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan dengan wujudnya majlis penganugerahan
ini maka akan menjadi satu pemangkin baru kepada pelajar untuk terus berusaha
dan memberi sumbangan kepada MMMK khususnya dalam semua bidang. Ia juga mendorong semua
pelajar untuk cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga terus
melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak sekolah.
Pengiktirafan Kecemerlangan ini juga akan menjadi satu
pengiktirafan kecemerlangan yang jitu, mantap dan adil kerana dinilai daripada
semua aspek kecemerlangan.
Di Antara Objektif Penganugerahan
1.
Memberi
pengiktirafan dan penghargaan kepada yang telah mencapai tahap kecemerlangan.
2.
Memberi
galakan dan dorongan serta mewujudkan saingan yang sihat di kalangan pelajar untuk
meningkatkan prestasi akademik masing-masing.
3.
Memberikan
galakan dan dorongan kepada pelajar untuk menyertai secara aktif aktiviti sukan
dan kokurikulum di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.
4.
Menerapkan
budaya cintakan ilmu dalam diri pelajar supaya cemerlang dalam bidang masing-masing.
2 comments
Jika gambar itu menggbarkan wajah hadapan sekolah lebih cantik..gambar kereta itu dh oldschool rsnya..#peace 😄✌🏻
Nostalgia...itu yg mahal...
Post a Comment