SUKAN MEMANAH
Islam agama syumul
yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan
persoalan duniawi. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian
perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran
dan kuat fizikal.
Umat Islam tanpa
mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan
riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat
menunaikan amal ibadah difardukan dengan sempurna dan penuh khusyuk.
Rasulullah SAW
sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada
sebarang penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal
akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa
mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat
Islam.
Rasulullah SAW
bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah
berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Banyak hadis
menyebut mengenai acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW
seperti memanah, menunggang kuda serta berenang.
Sabda Rasulullah
SAW : “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat
Muslim)
Rasulullah SAW juga
sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun
perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai
sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.
Bersabda Rasulullah
SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk
sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh
Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang
memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah
seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan
pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya:
“Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah
kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu
semua.” (Hadis riwayat Bukhari)
Kebaikan Memanah
Melatih emosi dan
fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan
body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah
tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan
menstabilkan emosi.
Individu yang tidak
tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan
menjadi pemanah yang baik.
1 comment
melahirkan pencetus ummah
terbaik ..
MMMK no.1
selamat kembali dalam Arena Blogger
Post a Comment