Aktiviti Memasak Bubur Lambuk Sempena Ihya Ramadhan
Pada 24 Jun 2015 bersamaan 7 Ramadhan 1436 H, Maktab Mahmud Merbok telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk sempena Bulan Ramadhan. Aktiviti ini bermula pada pukul 10.00 pagi dengan mengupas bawang, halia, daging serta daun bawang sebagai bahan masakan, manakala guru dan staf lelaki memotong daging, membasuh beras dan menyediakan peralatan serta tempat memasak. . Setelah bubur dimasak, aktiviti pembungkusan dilaksanakan secara gotong- royong oleh staf yang berkelapangan. Bubur lambuk kemudian diagihkan kepada guru-guru dan staf sokongan.
No comments
Post a Comment