PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2012
Hari ini telah berlangsung sesi pendaftaran pelajar baru ke tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2012 seluruh Maktab Mahmud Negeri Kedah. Seramai 40 orang pelajar lelaki & 40 orang pelajar perempuan telah ditawarkan memasuki Maktab Mahmud Merbok.
Sesi pendaftaran telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Selepas sesi pendaftaran, para pelajar & waris diberi taklimat berkenaan Maktab Mahmud Merbok. Taklimat disampaikan oleh Pengetua, PK Pentadbiran, PK HEM & PK Kokurikulum.
Warga MMMK mengucapkan selamat datang ke "Bumi Barakah" kepada pelajar-pelajar baru. Semua pelajar akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari 2012 (Selasa).
Warga MMMK mengucapkan selamat datang ke "Bumi Barakah" kepada pelajar-pelajar baru. Semua pelajar akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari 2012 (Selasa).
No comments
Post a Comment