AGONG KE-14 : TAHNIAH SULTAN ABDUL HALIM
Seluruh warga Maktab Mahmud Merbok mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 setelah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara semalam.
Pemilihan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, berkuatkuasa 13 Disember depan bagi tempoh lima tahun menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Dengan pemilihan tersebut, ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September 1975.
Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan itu dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
No comments
Post a Comment