SELAMAT BERCUTI
SELAMAT BERCUTI (CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA)
Alhamdulillah, cuti pertengahan Penggal persekolahan telah bermula. Lebih kurang 9 hari bercuti. Bagi pelajar-pelajar tentunya cuti sekolah satu minggu ini merupakan waktu yang ditunggu-tunggu setelah berhempas pulas menimba ilmu, dan menghadapi Ujian Topikal (mac).
Bagi tenaga pendidik, cuti sekolah merupakan satu bonus dalam profesion perguruan setelah bertungkus-lumus mencurahkan ilmu. Apatah lagi dalam peredaran masa sekarang, dunia pendidikan menuntut yang terbaik daripada warga pendidik untuk menjana modal insan gemilang.
Pun begitu tugasan guru berterusan. Cuti "atas kertas" sahaja. Kelihatan selesa bagi pandangan orang lain..tapi...kertas ujian bertimbun, kursus pengurusan, kursus kepada pelajar, kem....semuanya menuntut komitmen serta pengorbanan dari guru...
Bagi anak-anak, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama dengan mereka supaya mereka dapat bermesra dan bersukacita bersama mereka . Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih bersekolah dan telah berada di asrama dalam jangka masa tertentu, pada musim cuti sekolah ini, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mereka...
Apa pun... SELAMAT BERCUTI...

No comments
Post a Comment