SALAM MAAL HIJRAH 1432
Ketibaan tahun baru bermakna semakin bertambahlan usia kita. Syukur kepada Allah kerana kita masih dilanjutkan usia untuk melayari tahun baru. Tahun baru Hijrah yang begitu bermakna hendaklah dipergunakan untuk memaknakan hidup demi kehidupan yang bermakna.
Syukur sangat-sangat, kerana kita masih diberi ruang dan peluang. Ruang untuk membetulkan segala kesilapan dan peluang untuk memperbaiki segala kekurangan. Terutamanya kesilapan dan kesalahan terhadap-NYA. Dan ‘kekurangan’ mengatur langkah dalam menghampiri-NYA. Kesilapan dalam menanam noda dan menuai dosa. Dan kekurangan dalam meraih pahala. Cuba kita pejamkan mata dan cuba pula mencongak dalam fikiran. Berapa banyakkah dosa yang pernah kita lakukan? Memang manusia tidak dapat lari dari noda dan dosa...dan sebaik baik manusia ialah yang sentiasa bertaubat kepadaNya..
Hijrah adalah pengorbanan.....
Moga 1432 akan lebih bermakna kepada kita terutama kepada anak-anak MMMK..
No comments
Post a Comment