Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

MUHADHORAH SEMPENA BULAN BAHASA ARAB

Sempena Pertandingan Bulan Bahasa Arab Peringkat Maktab Mahmud Negeri Kedah yang akan diadakan pada minggu depan, MMMK telah mengadakan Muhadhorah Bulanan pada hari ini.


Antara acara yang dipertandingkan ialah Mengarang, Terjemahan, Khat, Kuiz, Syarahan dan Perbualan. Muhadhorah pada hari ini adalah anjuran Badan Kebudayaan dengan kerjasama Badan Bahasa Arab.
Ust Irfan memberikan taklimat tentang pertandingan


Pertandingan ikhtibar az-zaka' (kuiz)


As-Syeikh As-Sayyid Nur Muhammad Uwais menyertai pertandingan khitobah (syarahan)


Pelajar tingkatan 5 puteri menyertai pertandingan hiwar (perbualan)


Dalam kemeriahan pertandingan yang sedang berlangsung, MMMK telah menerima lawatan daripada murid-murid tahun 6 Sek. Keb. Sg. Petani. Lawatan ini melibatkan 65 orang murid serta diiringi 9 orang guru. Ini merupakan lawatan pertama Sek. Keb. Sg. Petani ke MMMK.

Murid-murid putera sedang mendengar taklimat daripada Ust Thalal b. Mustaffa,
Pengetua MMMK


Rombongan dari Sek. Keb. Sg. Petani telah disambut dengan sambutan yang sederhana. Ust Thalal b. Mustaffa (Pengetua) telah memberikan sedikit maklumat tentang MMMK dan cara-cara kemasukan ke Maktab Mahmud.

Seterusnya murid-murid tersebut mengambil kesempatan menyaksikan Muhadhorah yang sedang berlangsung. Akhir sekali, pihak sekolah menyajikan hidangan tengah hari kepada semua ahli rombongan dari Sek. Keb. Sg. Petani.

No comments

Powered by Blogger.