MMMK JUARA PERTANDINGAN KARANGAN BAHASA ARAB

Peserta Maktab Mahmud Merbok, Alif Muhaimin b. Hazizan telah memenangi tempat pertama Pertandingan Karangan Bahasa Arab (Kitabul Maqal). Bagi Pertandingan Terjemahan pula, peserta MMMK iaitu Najat bt Hanafi telah mendapat tempat ketiga.

Guru-guru dan seluruh warga Maktab Mahmud Merbok mengucapkan sekalung tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan-pertandingan sempena Bulan Bahasa Arab Peringkat Maktab Mahmud Negeri Kedah.

Tahniah kepada Ust Nazrul Hisham dan Ustz Latifah selaku guru pembimbing.
No comments
Post a Comment