KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan Permainan merupakan aktiviti luar darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentinagnaktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
InsyaAllah Visi dan Misi ko-kurikulum Maktab Mahmud Merbok pasti tercapai dengan komitmen yang jitu dan sepadu antara pentadbir, guru dan pelajar.
Visi KoKurikulum MMMK
Mencapai kecemerlangan/kemenangan dalam setiap aktiviti/pertandingan yang disertai.
Misi KoKurikulum MMMK
Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah meningkatkan prestasi kokurikulum dari segi kuantiti dan kualiti.
Membangunkan bakat pelajar, jati diri dan semangat patriotisme para pelajar serta menyuburkan minat, bakat,dan kemahiran pelajar dalam pelbagai bidang kokurikulum.
Membangunkan bakat pelajar, jati diri dan semangat patriotisme para pelajar serta menyuburkan minat, bakat,dan kemahiran pelajar dalam pelbagai bidang kokurikulum.
Membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, kerohanian, emosi dan jasmani berlandaskan keyakinan dan ketakwaan kepada Allah.
Melahirkan insan yang sihat, cergas, berdaya tahan, berdaya saing, berakhlak mulia dan berketerampilan dalam bidang keilmuan, sahsiah dan kehidupan.
No comments
Post a Comment