
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dari awal sejak persediaan untuk menghadapi Festival Nasyid Maktab Mahmud Kedah. Bermula agak lewat 9.45 pagi dan berakhir pada 1.25 tengahari. Apa

pun majlis Festival Nasyid mendapat pujian dari khalayak umum yang datang. Tahniah dan ucapan terimakasih yang tak terhingga kepada semu pihak yang telah bertungkus lumus bagi memastikan majlis berjalan seperti dirancang. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Ustaz Abdullah bin Haron (
Ketua Bahagian Pengurusan Akademik LMM) selepas sahaja tamat pertandingan.
Pengumuman daripada Ketua Juri ialah suatu yang amat dinantikan. Komen beliau terdapat peningkatan ketara daripada semua kumpulan terutama dari segi vokal dan permainan alat muzik yang mengalahkan pihak lelaki. Kumpulan Nadi Marjan, dari Maktab Mahmud Alor Star telah muncul sebgai Johan Fertival nasyid kali ke 2 bagi tahun 2008/1429. Menurut Pengurus kumpulan tersebut, Ustaz Adlan bin Yaakob latihan intensif selama 2 minggu ternyata membuahkan hasil. Beliau juga mengucapkan syabas kepada semua pihak yang menunjukan persaingan yang sengit.

Tahniah kepada
Kumpulan Nasyid Al-Humaira dari Maktab Mahmud Merbok (
Tuan Rumah) kerana mencatatkan sejarah tersendiri di tempat ke

2 (Naib Johan). Menurut Jurulatih Kumpulan, Ustaz Rusdi bin Jusuh dan Cikgu Syed kejayaan ini berkat usaha gigih semua pihak terutama Al-Humaira' senndiri. Mereka juga mengucapkan terimakasih diatas segala kritikan membinan dari guru-guru serta warga MMMK. Terima kasih juga kepada saudara Hasyim bin Yahya (bekas pelajar) diatas sentuhan terakhir bagi memantapkan persembahan.
Kumpulan
Nurul Imtiaz dari Maktab Mahmud Kuala Muda mucul di Tempat Ke 3. Kepada semua kumpulan Nasyid juga diucapkan tahniah dan berusaha lagi di tahun hadapan.. InsyaAllah pihak sekolah akan memuatkan gambar penuh Festival Nasyid kemudian...harap bersabar !
No comments
Post a Comment