Friday, March 15, 2019

KEPUTUSAN SPM 2018


 " Man Jadda wa Jada" pepatah Arab mengungkapkan sesiapa yang berusaha pasti berjaya.
Tahniah diucapkan kepada MMMK kerana berjaya meningkatkan  gps sekolah dari 4.11 ke 3.9.

Hasil  usaha gigih semua pihak, Seramai 3 pelajar MMMK telah mendapat 8A dan sebanyak 7 mata pelajaran lulus 100 peratus dan sebanyak 3 mata pelajaran berlaku peningkatan  gred purata iaitu mata pelajaran Matematik, Sejarah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Sekalung penghargaan buat Cikgu Arif, Cikgu Mohd Fauzi dan Ustaz Rozairi.

Menurut Cikgu Eirfan selaku Setiausaha Peperiksaan MMMK, pencapaian calon-calon SPM 2018 merupakan pencapaian yang terbaik bagi sekolah ini bagi tempoh 5 tahun. Menurut beliau lagi MMMK kini berada di landasan yang betul dalam usaha merealisasikan Visi sekolah dan berharap semua pihak terutama Warga MMMK agar meneruskan perjuangan murni ini demi Agama, Bangsa dan Negara....

Semoga tahun 2019 memberi cahaya lebih gemilang.

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2018 . Sekalung penghargaan buat seluruh warga pendidik MMMK.

#MMMK terus gemilang






1 comment: