Wednesday, September 26, 2018

Program Transformasi Daerah KMY 2018

Menurut ahli falsafah Lao Tze "Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah -"

Selari dengan falfasah tersebut MMMK telah dijemput menghadiri satu Program Tranformasi Daerah yang dianjurkan oleh PPD KMY, 

Aktiviti program ini ialah menggunakan method open class yang disertai oleh guru -guru hebat yang dipilih  oleh pihak KMY dan pengajaran yang diajar mengunakan kaedah PAK 21 dan mata pelajaran yang terlibat ialah Pendidikan Islam, Matematik, Bahasa Melayu dan Sejarah.

Menurut Cikgu Fauzi ( Guru Math MMMK) dan Cikgu Syed ( Guru Sains), Mereka begitu teruja melihat Open Class yang dilaksanakan oleh  guru -guru yang mengambil bahagian.

Ilmu- ilmu yang diperolehi akan dijadikan input berguna kepada MMMK untuk menghasilkan ouput yang gemilang pada masa hadapan.





No comments:

Post a Comment