Thursday, September 20, 2018

KEMERIAHAN KARNIVAL PANITIA DAN KOKURIKULUM 2018


Aktiviti Kokurikulum ibarat serampang dua mata kerana dapat melahirkan generasi yang berjiwa berfikiran kritis serta membuat keputusan yang bijak.

Lantaran itu, Pusat Sumber Sekolah  MMMK serta Unit Ko dibawah Ustazah Nazirah  telah menganjurkan Karnival Panitia Dan Kokurikulum  peringkat MMMK.

Pelbagai  acara  menjadi tatapan para pengunjung  seperti ceramah keselamatan daripada PDRM, jualan buku daripada penerbit BLINK, Projek NILAM, jualan makanan dan peraduan mewarna.

Acara kemuncak bagi program ini ialah pembuatan ubat gigi gergasi yang telah dihasilkan oleh Panitia Sains dan Matematik. Menurut Tuan Pengetua Ustaz Thalal bin Mustafa, beliau amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh guru- guru dan pelajar -pelajar dalam menjayakan program..

Ucapan Syabas dan sekalung penghargaan ..
Tahniah.. MMMK No.1



 



Sila Klik untuk besarkan gambar



1 comment:

  1. Alhamdulillah, doakan moga tahun depan lebih mendapat sambutan drp semua pihak terlibat.

    ReplyDelete