Wednesday, December 23, 2009

Permohonan ke IPTA secara talian sepenuhnya sesi 2010/2011

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 November lepas dan tarikh tutup adalah pada 31 Disember ini.

Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Februari 2010 mulai pukul 12 tengah hari sehingga 30 Mac 2010.


Menurut kenyataan itu lagi, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Bagi pemohon fasa 1, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti kokurikulum yang disertai.

Bagi pemohon fasa dua, mereka perlu membuat permohonan dengan menggunakan nombor unik ID dan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan.

"Pemohon boleh mendapatkan nombor unik ID yang boleh dibeli dengan harga RM10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui mesin ATM atau SMS (jarak) Banking (bagi pemegang akaun GIRO) di seluruh negara mulai 1 Februari 2010 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Mac 2010.

"Pemohon dibenarkan membuat sekali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Mac 2010," kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau emel ke www.upu.mohe.gov.my. - BERNAMA

Monday, December 21, 2009

Remaja Berakhlak di Bawah Panji-Panji Nabi Yusuf as.

Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.

Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan artis sebagai sanjungan dan ikutan, bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Dengan mudah mereka menyerah kepada seseorang lantaran runtunan hawa hafsu.


Budaya barat bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah menjadikan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yg begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiah islam, mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.

Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi dalam suasana negara dan pemerintahannya mengabaikan peraturan Allah SWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjerumus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang berpegang teguh dengan hukum Allah SWT sahaja akan selamat daripada segala bencana itu.

Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman, serta berakhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi. Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di padang Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan "selamat datang wahai para remaja yang baik".

Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang abadi di Akhirat kelak.

Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu di sebelah kanan. Untuk mereka, disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah Taala menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukmin, berakhlak, sabar dan mempunyai ilmu pengetahuan. Nabi Yusuf terpilih menjadi ketua para belia yg baik budi pekerti kerana Baginda adalah seorang Nabi yg sangat kacak dan tampan.

Ketampanannya menggoda ramai wanita, hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu. Ulamak tafsir menyifatkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam Al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama "Surah Yusuf", yang bukan sahaja menceritakan paras rupa Nabi Yusuf yang tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan Baginda. Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termasyhur, iaitu Nabi Yusuf AS.

Bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan hati Baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang berjaya menghadapi segola godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf di bawah panji-panji hijau di Akhirat kelak. Setelah itu, Allah SWT memuliakan orang-orang yang menjalinkan hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan hati yang ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana sifat yang terpuji itu. Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan pemusuhan.

________________________________________
*dipetik daripada buku "Nota Kepada Diri" karya Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Tuesday, December 15, 2009

TAWARAN KE TINGKATAN 1 (2010)

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA !

Berikut adalah senarai nama Tawaran Pertama pelajar putera dan puteri bagi Maktab Mahmud Merbok (MMMK) sahaja bagi sesi 2010.

SENARAI TAWARAN PERTAMA MMMK (LELAKI)


0080 MOHAMAD NAIM BIN MOHD AZHAR
8517 AHMAD SYAQIRIN BIN ASRI
8535 MUHAMMAD AFIQ BIN ZAKARIA
0259 MUHAMMAD AZIM BIN AZMI
8583 MUHAMMAD FARIS BIN MUNIDZAR
5003 MUHAMMAD TAUFIQ BIN BAKRI
8531 MUHAMMAD FAISAL BIN GHAFFAR
8554 MUSTAQIM BIN MAHADZIR
8522 MOHD SYAFIQ BIN ROSLI
8552 MOHAMAD HATHIM NAJMI BIN MUHAMAT
5074 MOHD AIZZAT BIN ZAINUDDIN
8010 MUHAMMAD AFIIQ SHAUQI BIN FUZI
2011 AHMAD HAMDI BIN HUSNI ZAIM
5033 BURHANUDDIN BIN MAT SARI
8508 MOHAMAD FAIZ FARHAN BIN ABDUL RAHMAN
8553 AMIRUL SYAFIQ BIN SHAHABUDIN
0205 MOHD AMIN BIN ABU HASSAN
8575 MUHAMMAD ISLAH BIN IZAZI
2067 MOHD AKRAM BIN MOHAMAD ASRI
4056 MOHD NOR ARIFF AZUAN BIN MOHD NOR AZIZI
8584 MUHAMMAD NAZIRUL BIN ZULKUFLI
8541 AHMAD SYAWAL SYAZANI BIN SOBRI
2025 MOHD FARHAN BIN ABDUL RAHIM
5039 MOHD DANIAL FITRI BIN ZAHARI
9002 ABDUL RAHMAN BIN MUZAIRI
0088 MOHD ADIB BIN SUBRI
2058 MOHAMAD FATHUL ANWAR BIN MOHAMAD NATZRI
8523 MUHAMAD FIKRI BIN AHMAD TARMIZI
7575 MUHAMAD AMIRUL BIN AZMI
8580 MUHAMMAD AKMAL IZZAT BIN MHD SANI
5041 MOHD AIEZUL FITRI BIN MUSTAFA
8578 MOHD AKASHAH BIN ABDUL WAHAB ZANI
8100 AHMAD SYUWARI BIN AHMAD ZAINI
8506 AMIRUL AIMAN BIN ABU MANSOR
2036 AHMAD AMIN AIMAN BIN ABDUL AFIF
8505 MOHD NOOR ZARUL IZZAIRI BIN ROSHIDI
8574 LUQMAN NURHAKIM BIN MOHD ASRI
0337 AHMAD DANIEL FAIZ BIN MAHADZIR
8028 MUHAMMAD FAIZ BIN AHMAD SUKRI
8504 MUHAMMAD AFIQ AKMAL BIN RAMLI
2050 MOHD AFIQ HAFIZUDDIN BIN ABD HALIM
8539 MUHAMMAD ALI ASHRAF BIN MD FOOZI
2060 ANAS BIN JAZNI




SENARAI TAWARAN PERTAMA MMMK (PEREMPUAN)


1044 YUHANA NABILA BT SUALAHUDDIN
1179 NOR FARAH NADIA BT IBRAHIM
1376 NUR SAKINI BT JAMALUDIN
1646 SHAKIRAH FATINI BINTI SAHARUDIN
1678 NURUL ADILAH BINTI DIN
1683 NURUL AMIRA BINTI AHMAD MUNARJIR
2271 NOR FATIN NADIA BINTI AHMAD FISOL
2273 SITI KHADIJAH HUSNA BINTI ROSLY AMIN
2279 NUR AINNE BINTI JAMALUDIN
2334 NUR SAKINAH BINTI ABDULL HALIM
2340 NUR SYAZA HAZIQAH BINTI ZUBIR
2353 NURFATIN NAJIHAH BINTI MOHAMAD RADZUAN
2357 AINUL MURSYIDA BINTI MD RAZI
2370 ANIS SYAHIRAH BINTI MUHAMAD SHUKRI
2382 SYAZANA BINTI SAIFUL BAHRIN
5318 ROS KHALILAH ZAHRAH BT ABDULLAH
5368 NURUL NAJWA BINTI MUHAMMAD FADZIL
5385 NUUR ANIS ADIBAH BINTI SABRI
8226 SABIRAH BINTI JOHAR
8281 NURAINLINA SYAFIQAH BT ROSLI
8290 NOR IZZATI BT MAHARON
8760 SITI NAJIHAH BT SAAD
8765 KHAIRUNNISA BT MOHD ZAWADEY
8766 TASNIM BT AHMAD NIZAM
8771 NURUL FARHANA BT AHMAD ZABIDI
8776 NORSHIFA’ BINTI ZAMRI
8777 NURFARAH AKILA BT MOHD RAHIM
8785 NUR KHAIRINA BT MOHD ROSSLE
8786 AISHATUR HADZIRAH BT ABDUL HAMID
8787 NURUL JANNAH BT SHAHIDAN
8797 NUR HAZWANI BT MUHAMAD THAHIR
8802 NAJWA IAMAN BT MOHAMAD SOFI
8813 NOR A’ZIMATUL SALWA BT NORZAIDI
8842 FATIN NAJIHAH BT AZEMI
8853 NURULHAFIZAH BT AHMAD ROSLI
8858 SYAFIQAH SOLEHAH BT BUKHARI
8862 NURUL JANNAH BT ZAMRI
8871 INTAN ARDEENA BT ARSHAD
8873 FATIN NABILA BINTI OTHMAN
8879 NURUL ADILA BINTI ROSLAN
8882 NUR ZAHIRAH BT IBERAHIM
8884 NUR SYUKRIYAH BT YAAKOB
9471 NUR’ANES AMEERA BT A’BIDIN
9476 HUSNA BT AHMAD
9517 NURUL ATIKAH BT AZME



SURAT TAWARAN DALAM PROSES PENGHANTARAN !..
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi 04-4479112 (pejabat)


BAGI CALON YANG TIDAK TERSENARAI,
ANDA BOLEH MEMBUAT RAYUAN DENGAN MENGGUNAKAN
BORANG YANG DISEDIAKAN.
(BORANG BOLEH DIDAPATI DI MAKTAB-MAKTAB MAHMUD )
TARIKH TUTUP RAYUAN IALAH PADA
7 JANUARI 2010

Saturday, December 12, 2009

Asalamualaikum cikgu!

“Asalamualaikum cikgu!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, kita sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada.

Menghormati guru sama seperti kita menghormati kedua ibu bapa kita. Guru berada bersama murid selama hampir enam jam sehari. Jumlah ini tidak termasuk waktu menjalankan aktiviti ko-kurikulum.

Guru bukan sahaja menjalankan tugas untuk mengajar tetapi mempunyai berbagai tanggungjawab yang lain.


Pembimbing: Guru kita ialah seorang pembimbing yang sentiasa memberi nasihat, tunjuk ajar dan pedoman ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kata-kata nasihat yang diberikan tidak seharusnya diambil ringan. Ia harus dihormati dan digunakan dalam kehidupan. Ia juga merupakan seorang motivator yang sentiasa membakar semangat murid-murid ketika berada dalam keadaan yang kecewa untuk terus berusaha menghadapi cabaran dan menempah kejayaan.

Penjaga: Selain daripada pembimbing guru juga merupakan seorang penjaga kerana pada masa itu ibu bapa murid sedang bekerja. Oleh itu sebagai seorang penjaga tindakan mereka samalah seperti tindakan ibu bapa murid-murid sendiri. Ada ketikanya seseorang guru itu marah dan mengenakan denda sekiranya murid-murid melakukan kesilapan atau melanggari peraturan sekolah. Ada ketikanya pula guru-guru akan gembira dan memberi ganjaran jika murid-muridnya berkelakuan baik dan menumpukan segala perhatian terhadap pelajaran.

Pemudahcara: Guru juga merupakan seorang pemudahcara iaitu menyelesaikan masalah murid terutamanya dalam pembelajaran. Murid bebas bertanya kepada guru tentang masalah pembelajarannya sekiranya murid tidak memahami sesuatu topik. Walau bagaimanapun usaha yang gigih dan ikhlas daripada murid perlulah digandakan dan janganlah terlalu mengharapkan bantuan guru semata-mata. Dengan hanya mengharapkan bantuan guru sahaja akan menjadikan seseorang murid itu malas.

Guru tidak meminta apa-apa balasan daripada murid atas segala tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Harapan mereka agar segala tindakan yang mereka lakukan itu dapat dihargai oleh murid-murid dengan mengikuti segala nasihat yang diberi dan digunakan dalam kehidupan.

Saturday, December 5, 2009

SPM maksimum 12 subjek

PUTRAJAYA 4 Dis. – Kabinet bersetuju membenarkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil dua mata pelajaran tambahan, menjadikan jumlah maksimum 12 subjek yang boleh diambil.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, keputusan keseluruhan SPM tetap berdasarkan kepada 10 mata pelajaran utama dan tidak mengambil kira dua subjek tambahan.

‘‘Kabinet memutuskan 10 subjek utama kekal tapi kita beri kelonggaran kepada pelajar membuat pilihan sendiri sama ada untuk ambil subjek bahasa atau kesusasteraan Cina dan Tamil.


‘‘Pelajar SPM boleh ambil 11 atau 12 subjek tapi ia tidak akan diambil kira dalam keputusan 10 subjek teras,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ke-65 Majlis Tanah Negara di sini hari ini.

Jun lalu, kerajaan mengumumkan bahawa pelajar SPM hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran bermula tahun depan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menambah, keputusan membenarkan dua mata pelajaran tambahan itu juga tidak akan diambil kira untuk tujuan lain seperti memohon biasiswa.

‘‘Tapi kalau dia (calon SPM) mahu memohon menjadi guru bahasa Tamil sebagai contoh, dia boleh pakai keputusan subjek tambahan itu,’’ ujarnya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, maklumat menyeluruh mengenai perkara itu akan diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dalam masa terdekat.

Beliau memberitahu, keputusan Kabinet itu dibuat selepas mengambil kira rayuan pelbagai pihak termasuk Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam baru-baru ini, agar pelajar India dibenarkan mengambil maksimum 12 mata pelajaran dalam SPM.

Sumber: Utusan Malaysia

Peluang lepasan SPM ikuti kursus ijazah

PUTRAJAYA 24 Nov. - Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berpeluang mengikuti kursus ijazah sarjana muda pendidikan jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut bertujuan memenuhi keperluan 32,000 guru j-QAF menjelang 2010 di 6,314 buah sekolah rendah di seluruh negara.

Menurutnya, pada masa ini terdapat 13,000 guru j-QAF di 4,723 buah sekolah rendah dan jumlah tersebut perlu ditambah apabila program j-QAF diperkenalkan di sekolah menengah.

''Kita sebenarnya berdepan dengan masalah kekurangan calon guru j-QAF kerana kekurangan calon guru dari aliran agama, kalau hendak tunggu yang pulang dari Mesir dan Jordan, jumlahnya tidak ramai


''Sekarang ini kita sedang tunggu unjuran dari bahagian penyelidikan dan pembangunan kementerian untuk mengkaji jumlah guru j-QAF yang diperlukan sebelum proses pengambilan dimulakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan diploma perguruan kepada sebahagian daripada 3,259 graduan Kursus Perguruan Lepas Ijazah j-QAF dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Kursus Dalam Cuti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (KDC SABK) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM LPBS).

Puad menambah, pihaknya menjangkakan proses pengambilan pelajar lepasan SPM dan STAM untuk memenuhi kekurangan guru j-QAF dapat dilakukan menjelang tahun depan.
''Tentang kualiti guru, kita mahu calon-calon yang bakal dilahirkan oleh IPGM benar-benar komited dengan profesion perguruan,'' katanya.

Menurutnya, syarat pengambilan guru juga akan diperketatkan dengan menilai tahap kelulusan akademik, minat, penglibatan dalam kokurikulum dan keterampilan melalui sesi temu duga yang dijalankan.

Puad berkata, bagi pengambilan guru pada Jun lalu, kementerian menerima 67,444 permohonan di seluruh negara bagi memenuhi 2,350 kekosongan.
Katanya, Kementerian Pelajaran memerlukan lebih banyak IPGM untuk menampung masalah kekurangan guru terutama guru pilihan yang bakal berkhidmat di kawasan pendalaman.

Sumber: Utusan Malaysia


Wednesday, November 25, 2009

DILEMA GURU MENDISPLINKAN PELAJAR

Pendahuluan

Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara, menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik.

Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-matanya, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dalam segi moral dan etika yang murni. Disiplin dalam bentuk formal perlu dirangka di sekolah-sekolah.

Malangnya ketika kita bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini untuk menrealisasikan aspirasi negara, timbul pula bantahan ibu bapa terhadap hukuman guru-guru ke atas pelajar dan berita berkenaan dengan ibu bapa atau pelajar menyerang atau mencederakan guru. Maka timbullah persoalan sama ada patutkah institusi pendidikan khususnya guru-guru sekolah terlibat dalam soal mendisiplinkan pelajar dan apakah kaedah yang patut dilaksanakan bagi menjatuhkan hukuman disiplin terhadap pelajar?

Kerjaya guru dipandang rendah

endidik mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi. Ini kerana pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena yang biasa berlaku sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk pulang apabila selesai sesi persekolahan. Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan amat biasa murid memegang telefon bimbit.

Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru.
Bantahan ibu bapa terhadap tindakan disiplin.

Kalau kita membicarakan tentang masalah guru memukul pelajar. Pasti banyak tafsiran yang berbeza mengenai guru yang jahat. Kalau seorang murid sekolah rendah, pasti katanya guru yang jahat akan memberi latihan atau kerja rumah yang banyak. Jelas di sini keikhlasan guru yang memberi latihan atau kerja rumah utuk meningkatkan kemahiran murid, disalah tafsirkan sebagai jahat. Tetapi mereka lupa, bahawa guru itu lebih banyak menghabiskan masanya untuk menyemak latihan atau kerja rumah murid-muridnya. Dalam hal ini, ibu bapa yang kurang faham akan beranggapan guru memberi kerja rumah yang banyak sebagai mendera anak mereka.

Murid-murid sekolah menengah, pasti mengatakan guru yang jahat akan selalu menghalang atau mengawal mereka dari segi kesalahan. Sekali lagi keikhlasan guru yang cuba mendisiplinkan mereka disalah tafsirkan sebagai jahat. Tetapi mereka lupa, bahawa guru melakukan semua itu cuma untuk kebaikan mereka juga. Bagi sesetengah pihak ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan, pasti mereka kurang bersama anak-anak dalam kehidupan seharian. Mereka pasti tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh anak mereka. Tetapi bila guru cuba memperbetulkan tingkah laku anak murid mereka, ibu bapa akan cepat melenting. Mereka beranggapan bahawa guru itu mendera anak mereka sahaja.

Ibu bapa seharusnya sedar, naluri seseorang kanak-kanak dan remaja sememangnya nakal dan setiasa mempunyai perasaan yang suka memberontak. Proses mendisiplin pula amat rumit dan berhadapan dengan pemberontakan jiwa anak-anak. Proses mendisiplinkan di tahap remaja atau buluh lebih menyukarkan dan sebab itu ibu bapa mengelak utnuk mendisiplinkan anak mereka sama ada melalui perang psikologi mahupun rotan. Mereka takut untuk berhadapan dengan sikap pemberontakkan anak-anak mereka ini. Ibu bapa bimbang anak-anak mereka akan lari dari rumah atau melakukan perbuatan yang negatif seperti menagih dadah dan sebagainya.

Institusi sekolah yang bersedia memainkan peranan itu, menggariskan beberapa garis panduan dan disiplin yang semata-mata mahu mendidik dan mengawal tingkah laku pelajar yang pada peringkat usia sebegini mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dan persekitaran.
Alangkah baiknya pihak ibu bapa pula menghormati dan berterima kasih kepada para guru dan pihak sekolah kerana secara tidak langsung mengambil alih tugas mereka bagi mendisiplinkan dan memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka. Semua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada guru untuk mendisiplinkan murid-murid, dengan niat untuk membentuk dan mendidik mereka supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna suatu hari nanti.

Menurut Kamarrudin Jusoh bekas pengetua sekolah menengah yang berpengalaman selama sebelah tahun sebagai guru disiplin. Sekalipun ia menjadi musuh kepada murid-murid, tetapi sebilangan besar bekas pelajarnya "kepala samseng" (suka bergaduh, mencuri, pecah sekolah, peras ugut, merokok, ponteng sekolah dan sebagainya) telah dapat di bentuk untuk menjadi insan yang kamil walaupun mereka ini tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan formal mereka. Dalam hal ini, jelas kepada kita bahawa, sewaktu usia murid-murid yang belasan tahun, mereka tidak dapat berfikir secara resional. Dengan menggunakan disiplin di sekolah, mereka dapat diubah dan dibentuk. Setidak-tidaknya mereka akan berterima kasih di atas disiplin yang pernah dikenakan sewaktu usia remaja mereka.

Jika diamati, pelajar hari ini yang terdiri dari remaja sering dibabitkan dengan pelbagai jenayah dan salah laku. Pergaduhan dan gengsterisme, merokok, menagih dadah, seks bebas, memusnahkan harta benda awam (vandalisme), merompak dan ada yang mengupah orang untuk memukul guru.

Perlakuan sebergini tidak disedari oleh ibu bapa kerana kejadian tidak berlaku di hadapan mata mereka. Mereka akan cepat marah sekiranya anak mereka menunjukkan lebam dan mengadu dipukul guru. Lazimnya, mereka terlupa untuk bertanya mengapa anak mereka dipukul.
Akhbar Berita Harian, 31 Oktober 1996 melaporkan kejadian mengenai tindakan sekumpulan penduduk menyerang seorang guru dan pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad di Kampung Kurnia, Kuatan. Insiden tersebut telah dapat menunjukkan tahap keseriusan hubungan yang renggang di antara guru dan masyarakat setempat. Hubungan erat serta penghormatan guru dahulu kala telah lupus akibat ditelan zaman.

Peliknya dunia hari ini kerana ibu bapa akan lebih melenting sekiranya mendapat tahu anak mereka dipukul oleh guru sekolah tetapi mereka akan membisu sekiranya mendapat tahu anak mereka menjadi bohsia, bohjan ataupun menagih dadah.

Institusi sekolah dan guru pada hari ini dianggap sebagai budaya dan bukan lagi institusi yang memberi ilmu kepada murid-murid. Sebab itulah para ibu bapa menganggap guru dibayar gaji untuk membantu anak mereka lulus peperiksaan. Tugas guru sebagai penyalur pengetahuan tidak lagi dipandang tinggi malah tugas pendidik masa kini dianggap sebagai kerja yang perlu dilakukan oleh guru. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada berlaku keterlanjuran tindakan disiplin oleh segelintir guru terhadap pelajar kerana mereka juga manusia biasa, tetapi sikap agresif ibu bapa mungkin boleh melemahkan semangat guru untuk menjalankan tugas secara dedikasi pada masa depan.

Ketidakadilan Media Massa

Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering berlaku dan menjadi topik media juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media masa (Lampiran A).
Pihak ibu bapa hari ini sering mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil bagi para guru. Media masa pula sering berpihak kepada murid yang terlibat tanpa pertimbangan yang wajar.

Dalam beberapa kes guru memukul pelajar, ibu bapa sering menjadikan pihak media sebagai tempat mengadu hal. Sebaik-baiknya ibu bapa perlulah mendapat keterangan dari pihak sekolah terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua tindakan. Seandainya ibu bapa cuma mendengar aduan anak mereka, sudah pastilah mereka akan menyalahkan guru yang memukul anak mereka. Dalam pandangan mereka, pasti guru tidak adil dan jahat. Malah ada yang menuduh guru sengaja mencari peluang untuk memukul kerana membenci muridnya. Keadaan ini pasti sering membawa kepada laporan negatif kerana mengikut perasaan marah dan dendam ibu bapa itu sendiri.

Pihak media masa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat melariskan jualan mereka. Kerana ada sesetengah media masa cuma mengutamakan keuntungan sahaja tanpa memikirkan kenyataan yang betul. Ada waktunya murid yang dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan sensasi yang sering digunakan ialah ‘cedera’. Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid tetapi apabila diketahui bahawa sikap murid terbabit sebagai punca dia dipukul, media tidak pernah memperbetulkan cerita apa lagi meminta maaf. Keadaan ini jelas sekali, pasti kita tidak pernah mendengar berita dari media masa yang melaporkan tentang murid yang melakukan kesalahan disiplin perlu dipukul. Kenapakah keadaan ini berlaku? Pasti kerana berita ini tidak menarik minat para media masa begitu juga dengan masyarakat umumnya.

Faktor yang menyumbang terhadap dilema guru:

Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (KPPK), N. Sivasubramaniam, fenomena guru dera murid berkesinambungan dengan beban tugas dan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul oleh para guru dalam merealisasikan cita-cita kerajaan untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebah negara industri yang maju.

Beliau menyenaraikan beberapa lagi faktor yang menyumbang terhadap dilema guru:
• Tidak ada motivasi dan insentif.
• Tugas dan sumbangan yang tidak diikhtiraf.
• Penempatan guru tidak mengikut pilihan dan keperluan sekolah.
• Gaji yang tidak setimpal.
• Tekanan oleh Pentadbir, Jabatan Pendidikan Negara (JPN), Pusat Pendidikan Daerah (PPD), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masyarakat, parti politik dan agensi-agensi lain.
• Tiada perlindungan daripada ugutan dan serangan oleh ibu bapa, murid-murid dan masyarakat.
• Kemudahan asas sekolah yang tidak mencukupi atau tiada langsung.
• Tugas-tugas tambahan selain daripada mengajar.
• Harapan terlalu tinggi oleh Pentadbir, PPD, JPN dan masyarakat terhadap guru.
• Status guru yang masih di tahap rendah berbanding Perkhidmatan Awam yang lain.
• Pilih kasih di kalangan Pengetua atau Guru Besar.
• Bilangan murid yang terlalu ramai.
• Keadaan kerja dan peluang kenaikan pangkat atau gaji yang lebih baik dan adil di sektor lain.
• Sikap tidak peduli di kalangan Pengetua, Guru Besar, Pegawai JPN dan PPD.
• Diminta mengajar mata pelajaran bukan pilihan.
• Bosan (Burn-out).
• Jawatan guru tidak mempunyai jadual kerja yang tetap.
• Para guru tidak dapat membuat keputusan atas hala tuju atau dasar sekolah.
• Penilaian prestasi yang tidak adil.
• Pencerapan oleh guru-guru muda.
• Terlalu banyak mesyuarat guru atau kursus.
• Kekurangan guru.
• Tiap-tiap pengarah mempunyai sasaran atau matlamat masing-masing. Para guru kerap mengalami kesukaran menyesuaikan diri menghadapi perubahan tersebut.


Kekerasan untuk mendidik?

Biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah, sudah tentu punca segera datang daripada kenakalan atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Bukan semua murid itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. Itulah naluri kanak-kanak yang perlu kita fahami.

Sememangnya kita tidak boleh memaafkan guru yang sudah dewasa dan berfikiran matang terlibat dalam insiden itu, tetapi dalam sesetengah kes mereka mungkin hilang pertimbangan.
Pakar psikologi kanak-kanak dan remaja, Dr. Mohd. Amin Shariff berpendapat segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah, membuat penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran. Mungkin guru tersebut termasuk dalam golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat.

Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu, kecederaan hingga luka dan lebam sudah tentu merisaukan ibu bapa. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga perlu mendapatkan rawatan perubatan, tetapi jika emosi turut memainkan peranan dalam menjalankan hukuman, biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu terjadi.
Pada masa lalu memang banyak ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru. Jika guru menghukum murid, murid tidak berani mengadu kepada ibu bapa sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. Kini banyak ibu bapa berpelajaran tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan kekerasan kepada psikologi. Cara kekerasan pada mereka adalah kuno dan kolot yang tidak sesuai lagi pada zaman ini. Tetapi hakikatnya, bukanlah mudah untuk meninggalkan cara kekerasan dalam mendidik pelajar.

Sesungguhnya kebanyakan guru menghendaki murid-muridnya mematuhi segala arahan sekolah, tetapi pada masa yang sama ada segelintir guru yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian (lihat Lampiran B). Ada segelintir guru menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara sendiri.

Tekanan jiwa

Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah. Ini berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu. Ketika itu murid lebih patuh kepada guru dan wajar dicontohi .

Prof. Dr. Robiah Sidin berpendapat punca guru bertindak keterlaluan mungkin kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak, tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru.

Ahli sosiologi UKM, Dr. Sarifa Zaleha Syed Hassan berpendapat punca guru bertindak agak kasar mungkin kerana hilang kesabaran. Mungkin jika seorang murid yang nakal dapat dikawal tetapi kalau terlalu ramai boleh menghilangkan kesabaran guru. Guru juga manusia biasa jika terlalu tertekan, sesekali kesabaran tidak boleh dikawal.

Tidak minat

Kaunselor Universiti Islam Antarabangsa, Asniza Mamat, menjelaskan salah satu andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak berminat kepada profesion perguruan .

Bila tidak minat, bagaimana seseorang guru itu hendak menyesuaikan diri dengan karenah murid. Sudah tentu mereka tidak punya perasaan sabar. Mereka mudah rasa marah. Guru juga adalah manusia biasa yang mempunyai emosi, kadangkala perasaan marahnya sampai ke tahap lupa bahawa dia adalah guru dan berhadapan dengan anak orang lain.

Sesetengah guru menghukum dengan tujuan untuk mendidik kerana kenakalan murid berkenaan. Jangan salahkan guru sahaja kerana ibu bapa juga terlibat kerana kurang menekankan pendidikan moral kepada anak masing-masing. Ada juga murid yang berperangai baik di rumah tetapi nakal di sekolah.

Kini kebanyakan guru yang dikeluarkan dari maktab atau universiti bukan bercita-cita untuk menjadi guru sebenarnya. Apabila bilangan guru amat berkurangan, kita terima sahaja golongan yang sebenarnya tidak begitu sesuai menjadi guru. Mereka yang dilatih di maktab dan universiti inilah ada yang bersifat negatif dan orang begini tidak sesuai sebagai guru.

Bendung segera

Pendedahan kes guru mendera murid ada kebaikan untuk masyarakat menilai semula peranan masing-masing dalam mencari penyelesaiannya. Gejala ini perlu dibendung segera dan semua pihak terlibat.

Tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh mencadangkan agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera. Beliau juga mencadangkan supaya bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru, tetapi membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan perasaan tertekan.

Cara mengatasi guru ganas bukan sekadar menukar ke tempat lain semata-mata. Guru-guru yang tidak berminat mengajar, lebih baik diambil tindakan tegas dengan memberhentikan guru tersebut.

Isu guru adalah masalah negara yang perlu diberi perhatian dengan menaikkan taraf profesion dan peruntukan gaji yang munasabah. Inilah masalah kualiti guru kesan daripada pengambilan yang bertujuan hanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru. Seandainya, guru yang betul-betul layak perlu diperolehi dengan kadar segera.

Dr. Mohamed Awang turut mencadangkan untuk mengatasi masalah guru ganas ialah menapis calon guru dari peringkat awal melalui ujian psikologi. Ujian ini berguna untuk menguji kesesuaian seseorang sebagai guru.

Guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu murid patutlah mendapat layanan yang beradab. Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Sikap guru yang bengis dan garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah.

Justeru itu, guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesion Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu seperti yang digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru.
Guru Boleh Didakwa

Menurut Presiden Persatuan Penguam Muslim, Zaitoon Datuk Othman, terdapat beberapa peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan telah menyedia dan menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka yang mencederakan. Mulai dari Seksyen 319 ia menyentuh pelbagai perundangan terhadap mereka yang mencederakan. Antara seksyen yang menarik ialah peruntukan di bawah Seksyen 320 iaitu cedera parah; Seksyen 321 - dengan sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 322 - dengan sengaja menyebabkan cedera parah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa terdapat peruntukan di bawah Seksyen 350 iaitu kekerasan jenayah yang menetapkan bahawa barang siapa dengan sengaja menggunakan kekerasan kepada seorang lain dengan tidak kerelaan, maka ia telah melakukan atau dikatakan telah menggunakan kekerasan jenayah.

Sebagai contoh dalam Kanun Keseksaan, misalan, jika seorang guru besar telah menjalankan budi bicaranya dengan munasabah sebagai guru sebat seorang pelajar, maka guru tersebut tidak menggunakan kekerasan jenayah kepada pelajarnya kerana guru itu bermaksud hendak menyebabkan ketakutan dan kegusaran, ia tidak menggunakan kekerasan dengan menyalahi udang-undang.

Bagaimanapun, jika murid berkenaan mengalami kecederaan yang teruk akibat dipukul oleh guru berkenaan, maka ibu bapa dinasihatkan membawa anaknya berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan untuk tujuan rawatan dan laporan kesihatan. Ini harus disusuli dengan laporan polis.

Dalam konteks tindakan undang-undang, ibu bapa boleh mengambil tindakan prosedur undang-undang jenayah (criminal offence) ataupun sivil di bawah Undang-undang Tort. Di bawah prosedur Undang-undang Tort, tindakan yang dibawa oleh ibu bapa sebagai plaintif boleh menuntut pampasan bagi pihak anaknya daripada guru yang memukul di mahkamah sivil.


Rumusan

Kesihan para guru. Berita segelintir mereka memukul murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak media tetapi apabila pihak media dan masyarakat bersimpati dengan mereka, kereta mereka pula yang dirosakkan oleh pelajar-pelajar.

Jelas sekali gurulah yang lebih rela memikul tanggungjawab mendisiplin lantas menghadapi pelbagai risiko keganasan pelajar. Layaknya mereka disanjung atas kesudian mereka bukan dikutuk sebagai pendera.

Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka memukul murid.

Dalam prinsip dan garis panduan pertama ditegaskan status guru hendaklah sejajar dengan keperluan pendidikan seperti yang dinilai dalam konteks objektif dan tujuan pendidikan semasa. Dalam hal ini perlu diterima kahikat bahawa status profesion perguruan dan pengiktirafan masyarakat terhadap profesion itu adalah unsur terpenting menentukan keupayaan untuk merealisasikan tujuan dan objektif pendidikan.

Sebaliknya ibu bapa harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan dan mendidik. Lebih dari itu, mereka bertanggungjawab mendisiplinkan para pelajar, satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar sewaktu di rumah.

Rujukan:
Azman Anuar. (1995, September). Murid Takut Guru Ganas. Massa, p. 50.
Dr. Hussein Ahmad. (1998, April 20). Guru Perlu Pengiktirafan Komuniti. Berita Harian.
Idlan Rabihah Zakaria, P.C, How dan Alene Jeyakumar. (1998, June 19). Respect Us! … And We'll Respect You. New Straits Times.
Kamarrudin Jusoh. (1997, April 5). Keluhan Bekas Guru Disiplin. Massa.
Norhayati Hashim. (1998, Julai). Disiplin Bukan Boleh Dipaksa, Mastika, p. 18.
N. Sivasubramaniam. (1995, Oktober 19). Rintihan Guru Siapa Peduli? Massa, p. 56.
Sukhvinder Kaur. (1995, September 30). Guru Boleh Didakwa. Massa, p. 53.
Syuhada Choo Abdullah. (1996, September 2). Ibu Bapa , Guru Perlu Saling Memahami. Berita Harian

http://sarjana.tripod.com/guru1.html

Wednesday, November 18, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM



Semua warga MMMK mendoakan agar anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang kalian....KEJAYAAN ADALAH KEBAHGIAAN...

seterusnya di sini

Tuesday, November 17, 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Di adakan pada Khamis, 12 November 2009. Kursus tersebut diadakan untuk pelajar putera dan puteri ditempat yang berasingan. Kursus tersebut selaras dengan usaha untuk meningkatkan ilmu (Fardu Kifayah) dan penghayatan islam dikalangan pelajar MMMK.

Kursus dimulakan dengan taklimat secara teori dan diikuti dengan bengkel amali yang memberi tunjuk ajar kepada pelajar terhadap apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja berlaku kematian dan cara-cara menguruskan jenazah dengan betul.

Ianya merupakan modal insan yang sangat berguna khususnya kepada pelajar sekolah agama. Semoga ilmu fardu kifayah ini dapat memberi panduan dalam melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam semua aspek kehidupan

Tuesday, November 10, 2009

KURSUS PENYEMBELIHAN

Sebahagian dari Program Kokurikulum bagi memantapkan modal insan...







berita penuh menyusul.....


seterusnya di sini

Thursday, November 5, 2009

MENERIMA KUNJUNGAN TUAN SETIAUSAHA LMM

Pada hari ini Maktab Mahmud Merbok menerima kunjungan tidak rasmi dari Tuan Haji Syed Isa bin Syed Ibrahim, AMK.,BCK. Iaitu Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud yang baru. Pihak sekolah amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan beliau. Ini adalah kunjungan pertama beliau ke Maktab Mahmud Merbok selepas dilantik ke jawatan tersebut.
Tuan Setuausaha sedang serius mendengar penerangan dari Pen. Kanan Hem, Us.Yahya bin Harun

Beliau telah dibawa untuk meninjau beberapa lokasi di sekitar MMMK seperti asrama, bangunan sekolah, surau, kantin dan sebagainya oleh Pen. Kanan Akademik dan Pen. Kanan HEM (untuk rekod: Tuan Pengetua sedang berkursus di Genting Highland ). Beliau juga diberi sedikit penerangan tidak rasmi serba sedikt tentang latarbelakang sekolah.

Pihak MMMK mengucapkan Jutaan terima kasih diatas kunjungan Tuan Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud.....

PENGURUSAN KO-KURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH


Musim peperiksaan bagi pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 telah berlalu. Ruang masa yang ada sebelum cuti sekolah telah dirancang oleh pihak sekolah dengan pelbagai aktiviti terutama yang berkaitan dengan kokurikulum. Pada hari ini pihak sekolah telah mengadakan ceramah mengenai Pengurusan Kokurikulum (peringkat sekolah) oleh guru yang berkenaan.

Pelajar didedahkan tentang kepentingan kokurikulum terhadap sistem persekolahan masa kini. Selain itu merekan didedahkan dengan teknik-teknik menyediakan kertas kerja dan pelaporan bagi setiap bidang kokurikulum masing-masing. Ini penting bagi persediaan untuk memantapkan aktiviti persatuan dan badan kokurikulum masing masing di tahun hadapan.

Wednesday, November 4, 2009

PEPERIKSAAN OH PEPERIKSAAN

“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”


Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)


Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.
www.iluvislam.com/
Oleh : NJ maniac


Friday, October 30, 2009

MERIT BARU SYARAT MASUK IPTA

Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi pelajar lepasan SPM 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata, perubahan itu selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini.

"Sistem ini diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki IPTA supaya ada perbezaan contohnya antara A+ dengan A dengan A-,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14, katanya.

Beliau berkata, gred 3B ditukar kepada B dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D (empat), 8E kepada E (dua) dan 9G kepada G dengan merit sifar.

Bagaimanapun Dr Radin Umar berkata, kaedah baru itu akan mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian seperti gred 6C (kepujian) sebelum ini, tarafnya tidak akan diturunkan ke gred lebih rendah. BERNAMA

Thursday, October 29, 2009

BERMATLAMAT TANGGA KEJAYAAN

Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80% pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.

Matlamat memudahkan perancangan.

Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh yang tertentu. Ini pastinya memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian anda sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya!!!

Matlamat membantu anda membuat keputusan.

Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku?

Jawapannya ialah sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka. Tetapi dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be flexible!!

Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan.

Apabila anda mempunyai matlamat, anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa pensyarah setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak anda fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

Matlamat pengukur kejayaan.

Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna.
Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.

Sumber: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1987

Mutiara kata:- “Bukanlah tuan gurumu itu seorang yang hanya kamu mendengar daripadanya, tetapi tuan gurumu yang sebenar ialah yang mana kamu telah mengambil ilmu daripada pengamalannya…” (Imam Ghazali)

Tuesday, October 20, 2009

PELAJAR PENGANUT HINDU CEMERLANG PENGAJIAN ISLAM


Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.Itulah semangat yang dipegang oleh salah seorang penerima Anugerah Khas Presiden sempena Konvokesyen Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Terengganu, J. Deivee (gambar) dalam mengikuti kursus Diploma Psikologi.

Gadis berusia 21 tahun itu bukan sahaja cemerlang dalam mata pelajaran asas kursus tersebut malah mata pelajaran melibatkan agama Islam termasuk Penghantar Akidah, Pengajian Islam, Fiqh Ibadat dan Bahasa Arab.


Deivee yang merupakan penganut Hindu bersama 240 lagi pelajar menerima Diploma Psikologi masing-masing pada majlis konvokesyen itu yang diadakan di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein menyampaikan sijil kepada graduan.

Deivee berkata, dia pada mulanya tidak mengetahui diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran berkaitan agama Islam ketika mendaftar di kolej tersebut.

''Namun, kerana ingin mencuba sesuatu yang baru, saya mengambil keputusan untuk terus mengikuti kursus ini.

''Minat juga mendorong saya berusaha keras untuk berjaya,'' katanya ketika ditemui.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia berjaya mencapai kejayaan itu atas galakan dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan.

''Untuk mata pelajaran berkaitan agama Islam, saya mempelajarinya seperti saya belajar mata pelajaran Sejarah iaitu dengan cara menghafal.

''Saya selalu belajar bersama rakan-rakan. Semasa peperiksaan dekat, mereka memberi saya buku dan menyuruh saya tulis dan hafal,'' katanya yang memperoleh 3.6 Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA).

Anugerah dan kejayaan itu menjadikan sambutan Deepavali kali ini paling bermakna buatnya dan keluarga.

''Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua terutama rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam mencapai kejayaan ini,'' katanya.

Wednesday, October 14, 2009

86 PELAJAR CEMERLANG BELAJAR DI AL-AZHAR, MESIR

Seramai 86 orang pelajar cemerlang telah terpilih mengikuti pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian di Universiti Al-Azhar, Mesir bagi sesi pengajian 2009/2010.

Mereka terdiri daripada 24 pelajar lelaki dan 62 perempuan ditaja oleh Yayasan Generasi Gemilang (Y2G) dengan setiap seorang menelan belanja RM240,000.

Pengerusi Y2G, Datuk Hisham Abd. Majid berkata, program penghantaran pelajar itu adalah usaha berterusan yayasan tersebut untuk melahirkan generasi yang berkebolehan.

Beliau berkata, program yang bermula sejak 2006 itu kini memperlihatkan perkembangan positif dan para pelajar digalakkan menghafal dan memahami al-Quran dengan baik.

''Faktor utama program ini diwujudkan ialah bagi mempersiapkan generasi pelapis negara dengan ilmu pengetahuan serta kemampuan menguasai dan menghafal al-Quran.

''Y2G ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberikan fokus kepada kemampuan dan kecemerlangan pelajar supaya dapat menabur bakti kepada masyarakat dan negara apabila pulang nanti,'' katanya.

Sunday, October 4, 2009

SURAT TERBUKA DARI IBU

Duhai anakku sayang...
Sentiasa ibu doakan anakku sentiasa dirahmati Allah, sentiasa dimantapkan iman dan amal. Biar siapapun yang didampingimu, hendaknya sahabat yang sentiasa membimbing serta dibimbing olehmu. Biar apapun risalah yang anakku baca, hendaklah segalanya menjurus ke arah takwa. Semoga segala tindaktandus dan tutur kata yang terlontar dari bibir mongelmu adalah buah iman yang terbenih dari nuranimu yang suci. Anakku, janganlah dalam kesibukan urusan duniawi, anakku terlupa tadarus Quran kerana ianya ubat segala penyakit hati. Janganlah lupa mathurat kerana ia senjata jihadmu, jangan lupa dhuha kerana ialah punca kekuatan tenaga zahir dan batinmu tika menuntut ilmu, di sana ada kunci kecemerlanganmu..Imam Syafei berpesan;
"Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan dosa dan maksiat"

Anakku yang dirindui...
Ibu tahu anakku kebelakangan ini sangat sibuk lantaran bahang peperiksaan kian menjelma. Namun jangan lupa makan minummu kena jaga, lesumu perlu ada rehat, tidurmu perlu berkualiti. Sakit rebah anakku nanti boleh jejaskan persediaan menghadapi peperiksaan penting untuk dirimu. Jagalah tuturkatamu, ingat pesan Rasulullah dalam sabda Baginda yang bermaksud;
"Sucikanlah hati kamu dengan banyak diam, menyedikitkan makan serta minum, nanti kamu akan memperoleh kesucian ilmu (ilmu hakiki), ketinggian (jiwa) dan takut pada Allah Taala"

Anakku yang sentiasa dihati....

Semalam ibu mendengar bicara mu ditalian. Biarpun dikau sentiasa menafikan segala resah yang terbungkam, kepenatan yang mencuri suara ceriamu. Anakku sayang, ini ibumu. Barangkali insan lain bole kau sembunyikan segala, tapi ibu ini telah bersamamu sekian lama. Sejak dalam kandungan , ibu telah merasakan denyut nadimu yang sentiasa bersemangat, besarmu dalam inangan ibu. Senyum tangismu ibu dapat menelah dari nada suaramu. Ibu tahu, anak ibu dilanda resah gundah dalam kekalutan mengejar sebuah kejayaan...Subhanallah!

Anakku, ibu tahu kau sentiasa ingin dihadapan. Ibu yakin anugerah Allah pasti tiba untuk anakku yang sentiasa menjaga syariat dan batasan-Nya. Cuma dalam kegairahan anaku memburu cemerlang, pahatkan niat dan manhaj utama menuntut ilmu terdahulu. Jika keikhlasan mencari ilmu telah anakku penuhi, kecemerlangan itu akan datang padamu, insyaAllah...lihatlah betapa hebatnya ilmu tokoh ulama terdahulu seperti imam Ghazali, Imam Sayuti, Imam Syafie dan ramai tokoh ulamak tersohor. Keikhlasan dan kesungguhan menuntut ilmu mereka dianugerahkan Allah dengan kepakaran yang diikhtiraf seluruh dunia. Allahu Akhbar! Sesungguhnya Allah menyanjung tinggi dan meletakan kemuliaan bagi mereka yang sentiasa mencari ilmu.. hayati firman Allah dalam surah al-Fathir:28 yang bermaksud;
"Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah yang bertakwa kepada-Nya ialah ulamak (mereka yang berilmu) dan sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi lagi Maha Pengampun"

Semoga anak ibu sentiasa betulkan niat serta ikhlaskan diri dalam menuntut ilmu..InsyaAllah.

Akhir bicara, anakku...titipkan salam buat warga tenaga pengajarmu di MMMK. salam silaturrahim ibu untuk mereka yang sentiasa mencurahkan ilmu kepada anak kesayangan ibu ini. Allah membalasnya dengan anugerah keberkatan dan kesejahteraan hidup mereka dan keluarga mereka dunia akhirat.

Salam rindu dari ayah dan adik-adik yang sentiasa menunggu kepulanganmu bersama kejayaan dengan penuh sabar....

Dari Ibumu....

Thursday, October 1, 2009

FESTIVAL NASYID MAAHAD KALI KE-3

Kumpulan nasyid MMMK bersama guru pengiring dan Mentor ( Anggota Dzil-Afnan)

Festival Nasyid Maahad Kali Ke-3 2009 telah diadakan di Maktab Mahmud Pendang pada 30 September 2009 untuk katogeri putera. Kesemua Maktab Mahmud seluruh negeri Kedah iaitu sebanyak 12 buah sekolah telah menghantar pasukan masing-masing ke festival tahunan ini.


Seperti tahun-tahun yang lepas, Festival Nasyid Kali Ke-3 ini tetap meriah dan ceria walaupun keadaan cuaca agak mendung pada sebelah pagi dan hujan pada sebelah petang ditambah pula dengan gangguan bekalan elektrik ketika acara penutup.
Setiap kumpulan nasyid memberikan persembahan yang baik dan semakin menarik berbanding tahun-tahun sebelum ini. Namun sudah menjadi ketentuan Ilahi, Kumpulan Zulfaqar (MM Pendang) telah dinobatkan sebagai johan kategori putera. Tempat Kedua disandang oleh Kumpulan Al-Zikri (MM Pokok Sena) dan tempat ketiga dimenangi Kumpulan Ikhwanul Jadid (MM Alor Setar).
Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang berjaya. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua warga MMPG yang memberikan layanan sangat baik kepada para tetamu.

Terima kasih kepada Kumpulan Al-Ridzwan yang telah berusaha untuk mengangkat martabat MM Merbok. InsyaAllah kita akan teruskan perjuangan ini di kesempatan akan datang.

Tuesday, September 29, 2009

MUNAJAT IMTIHAN DAN JAMUAN HARI RAYA

Alhamhamdulillah...Majlis Munajat Imtihan dapat disempurnakan seperti dirancang. Majlis yang dimulakan tepat jam 10.30 am itu dimulai dengan ucapan aluan Tuan Pengetua, Us Thalal bin Mustaffa. Diikuti dengan solat hajat berjamaah dan bacaan Yaasin yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Yasin, Bekas Mudir SMA. Saadatuddaroin.


Ambang imtihan sudah kian membara dan semua sudah mula merasainya.. Semoga Doa dan munajat ke hadrat Allah akan menjadi pemangkin kepada kejayaan di samping usaha dan tawakal. Pihak MMMK amat terharu dengan sambutan para waris...sebahagian daripada mereka terpaksa bersolat hajat di luar bangunan surau (atas rumput) kerana ruang surau telah penuh.Mudah-mudahan Allah s.w.t mengi'tiraf munajat ini dan menjadikan peperiksaan yang bakal ditempuhi oleh anak-anak petera dan puteri berakhir dengan kejayaan. Insya Allah

Majlis diteruskan dengan jamuan Sempena Aidilfitri 2009.

Suasana Hari Raya Aidilfitri masih terasa apabila para guru dan pelajar serta sebahagian para waris memakai baju melayu bersampin serta aneka baju raya. Semua pihak nampaknya berpuas hati dengan pelbagai juadah yang dihidangkan seperti kuih muih, nasi hujan panas, laksa, bihun sup, rojak, sate, cendol, air mata kuching, lai chikang, ketupat, lemang, ais krim yang berkonsepkan gerai...gambar menyusul kemudian......

Thursday, September 17, 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN WANG RAYA

Sempena akhir ramadhan dan cuti sekolah yang akan bermula esok, MMMK telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran.

Majlis Khatam Al-Quran telah dimulakan pada jam 9.30 pagi di Surau Hj Abd Rahman, MMMK. Majlis ini diketuai oleh Mohd Naim b. Othman, pelajar tingkatan 4A. Para pelajar membaca Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas dengan suara yang syahdu kerana sedih Ramadhan Al-Mubarak akan berakhir tidak lama lagi.


Setelah selesai Majlis Khatam Al-Quran, majlis diteruskan lagi dengan acara Sambutan Menjelang Aidil Fitri. Antara acara yang dijalankan setelah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran ialah ucapan Pengetua, ucapan wakil pelajar putera dan puteri, ucapan wakil guru lelaki dan guru perempuan dan persembahan pelajar 1 Ikhlas dan 1 Ehsan. Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian cenderamata kepada para pelajar yang telah menjayakan program tadarrus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan.

Sebelum majlis berakhir dan para pelajar pulang ke kampung masing-masing, pihak sekolah telah memberikan sumbangan wang raya kepada semua pelajar MMMK. Majlis berakhir dengan acara bersalaman antara para pelajar dengan guru-guru.






KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 2010

;

SYARAT-SYARAT MENGAMBIL BORANG
(menggunakan keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR 2009)


1.1 Warganegara Malaysia dan dilahirkan tahun 1997


1.2 Syarat pengambilan borang


a) Maktab Mahmud Alor Star:
Lulus minima 4A 1B (48 mata)


b) Maktab Mahmud Yan, Pokok Sena dan Pendang:
Lulus minima 3A 2B (46 mata)


c) Bagi Maktab Mahmud Daerah yang lain(termasuk Maktab Mahmud Merbok)
Lulus sekurang-kurangnya 34 mata

** Catatan: Perkiraan mata adalah seperti berikut:
A=10 mata, B= 8 mata, C= 6 mata dan D=4 mata.

1.3 Kelayakan masuk:


a) Lulus Ujian Bertulis Maktab Mahmud
b) Lulus UPSR berdasar syarat yang ditetapkan seperti di para 1.2 (a - c) di atas.
c) Boleh membaca al-Quran
d) Bergantung kepada kekosongan tempat belajar

Wednesday, September 16, 2009

Lulusan STAM layak ke IPTA

PUTRAJAYA 15 Sept. - Semua lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkelayakan kini boleh diterima masuk ke semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai sesi pengajian akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkembangan tersebut ekoran keputusan terbaru Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf sijil STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

''STAM sudah diterima oleh JPA, jadi mereka boleh terus masuk (universiti) setaraf dengan STPM, ini satu pengumuman yang baik.

''Sebelum ini mungkin timbul masalah, jadi telah diteliti dan diperakukan, mereka yang mendapat sijil itu boleh masuk ke universiti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat hala tuju pendidikan Islam bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, sebelum ini, sesetengah universiti awam tidak dapat menerima lulusan STAM ekoran masalah ketiadaan pengiktirafan JPA.

''Biasanya hendak masuk universiti adalah melalui kelayakan STPM dan matrikulasi, makna sekarang dengan pengiktirafan itu, mereka mempunyai kelayakan untuk memasuki IPTA.

''Ini membabitkan semua IPTA yang menawarkan kursus pengajian Islam atau gandingan pengajian Islam dengan kursus lain seperti ekonomi dan sebagainya.

''Kurikulum kita adalah bagi melahirkan pelajar Islam yang mempunyai potensi sama ada dalam sistem pelajaran dan jaminan peluang kerja," katanya.

Katanya lagi, selaras dengan pengiktirafan itu, lulusan STAM yang diterima masuk ke IPTA layak menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Sumber: http://www.utusan.com.my/

IFTHOR JAMAIE MMMK MERIAH

Majlis Berbuka Puasa MMMK kelmarin, 15/09/09 berjalan dengan lancar dan meriah. Majlis ini merupakan program tahunan sekolah. Namun tahun ini lebih meriah kerana semua waris pelajar dijemput berbuka puasa bersama warga MMMK.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Ust Yahya b. Lebai Harun(PK HEM). Seterusnya acara kemuncak iaitu ifthor jamaie dengan pelbagai juadah yang menyelerakan.

Semua warga MMMK dan tetamu yang hadir mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bersama-sama dalam majlis ifthor jamaie yang diadakan setahun sekali ini.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris pelajar yang sudi memeriahkan Majlis Berbuka Puasa MMMK.



Friday, September 11, 2009

KEHEBATAN MALAM Al-QADR




Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)


Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah bersedia untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?
Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain. Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah. Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan.

Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)
Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Sekian

Oleh: Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Monday, August 31, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

1 hb September..akan bermula perjuangan anak-anak putera dan puteri MMMK dalam menghadapi Peperiksaan Percubaan SMRAM (Tingkatan 4) dan SPM (Tingkatan 5). Semua warga MMMK mengucapkan selamat maju jaya. Kami iringi anda sekelian dengan doa..

Anak -anak sekelian ingatlah bahawa kejayaan kamu adalah harapan dan impian semua pihak terutama ibubapa yang telah mendidik kamu. Betullah kata cerdik pandai "seorang ibu tidak akan menyusukan anaknya tanpa harapan dan impian dimasa hadapan"..

Semoga Berjaya....

Monday, August 24, 2009

PETUA KECANTIKAN

Menginginkan kecantikan dan suka kepada kecantikan tidak menjadi satu kesalahan. Ia adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang, tidak kira yang cantik ataupun yang tidak, sukakan kecantikan. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadisnya, Allah itu indah dan suka pada keindahan. Keindahan Allah terletak pada sifat-sifat kesempurnaan-Nya.

Bagi anak-anak putera dan puteri yang inginkan kecantikan....berikut adalah beberapa petua kecantikan untuk diamalkan

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,
cucilah minimal 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes
dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

Untuk menghilangkan stress,

Cukup dengan memperbanyakkan solat.. Ketika
solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah
SWT dengan dzikir dan do’a.
Untuk pelembab, agar awet muda,
gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, اللهمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِيْ فَأَحْسِنْ خُلُقِيْ (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik,

bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takabur.

Agar tubuh langsing, mulus,

diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri,

sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian
kita akan banyak dikenal dan disayangi.