Wednesday, August 12, 2009

CERAMAH SEMPENA RAMADHAN DAN SOLAT HAJAT

Sempena kedatang bulan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi, Badan Dakwah & Kebajikan MMMK telah menganjurkan "Ceramah Sempena Ramadhan" pada hari ini, 12 Ogos 2009. Penceramah yang dijemput ialah Ust Mohd Rosidi b. Mat Isa (gambar), kakitangan Kolej Universiti INSANIAH (KUIN).

Majlis ceramah selama 1 jam setengah ini, banyak menyentuh persediaan seorang muslim dari segi fizikal, mental, jasmani dan rohani bagi menjadi muslim yang berjaya di dalam madrasah Ramadhan. Ust Mohd Rosidi juga turut mengingatkan warga MMMK supaya sentiasa merebut peluang kebaikan yang Allah taala sediakan di dalam bulan Ramadhan.

Pihak sekolah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian beliau memenuhi jemputan dari MMMK.

Setelah majlis ceramah selesai pada jam 12.00 tengah hari, Majlis Solat Hajat pula diadakan bagi memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah taala supaya seluruh warga MMMK dijauhkan dari segala bahaya serta bencana di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment