Hari Ini :

Home » » PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2012

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2012

Hari ini telah berlangsung sesi pendaftaran pelajar baru ke tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2012 seluruh Maktab Mahmud Negeri Kedah. Seramai 40 orang pelajar lelaki & 40 orang pelajar perempuan telah ditawarkan memasuki Maktab Mahmud Merbok.

Sesi pendaftaran telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Selepas sesi pendaftaran, para pelajar & waris diberi taklimat berkenaan Maktab Mahmud Merbok. Taklimat disampaikan oleh Pengetua, PK Pentadbiran, PK HEM & PK Kokurikulum.

Warga MMMK mengucapkan selamat datang ke "Bumi Barakah" kepada pelajar-pelajar baru. Semua pelajar akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari 2012 (Selasa).



Share this article :

0 comments:

POSTING BERKAITAN

Alamat: Jalan Batu Hampar, 08100 Bedong, Kedah Darul Aman . E-MAIL: maahadmerbok@gmail.com. TEL: 04-4479112 , FAX: 04-4579112
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger